Pages

Tuesday, 30 October 2012

Etika Penggunaan Komputer


ETIKA PENGGUNAAN KOMPUTER.....apa agaknya...?



Etika berasal daripada perkataan Greek "ethos" yang bermaksud perwatakan peribadi. Etika ialah tingkahlaku dan kelakuan moral yang dilakukan oleh manusia. Etika merujuk kepada prinsip-prinsip benar atau salah yang boleh yang boleh digunakan oleh individu dalam membuat pilihan. Apabila berhadapan dengan pilihan, individu perlu memikirkan tindakan-tindakan yang boleh diambil dan membuat pilihan tindakan moral yang betul.

JADI.....

ETIKA PENGGUNAAN KOMPUTER ialah cara kita menggunakan kemudahan teknologi komputer dan medium yang sedia ada dengan cara yang betul untuk mengelakkan wujudnya JENAYAH SIBER....
 
Tindakan tidak beretika dalam dunia teknologi maklumat melibatkan hak cipta, harta intelek dan fenomena cetak rompak perisian komputer yang berleluasa. Matlamatnya adalah penjual mengharapkan keuntungan lumayan tanpa kos pelaburan besar manakala pengguna hanya mahu mendapatkan produk yang murah tanpa mempertimbangkan aspek kualiti dan kesan negatif dalam jangka panjang. Masalah ini menjadi semakin serius dengan adanya kemudahan internet yang memberi laluan kepada perdagangan elektronik (e-dagang). Perkembangan ini secara tidak langsung menghadkan pertumbuhan pembangunan perisian dan harta intelek.


CETAK ROMPAK PERISIAN KOMPUTER

Cetak rompak perisian komputer bermaksud penyalinan secara haram perisian tersebut dengan menggunakan apa-apa cara. Apabila perisian itu dibeli oleh pengguna, hanya satu salinan perisian itu boleh disimpan di dalam cakera keras atau cakera liut pengguna. Pengguna tidak dibenarkan menyalin salinan asal ke dalam cakera keras komputer lain tanpa kebenaran
                                                                           pengaturcara perisian tersebut.

Jika pengguna membeli satu perisian dari kedai. Apa yang dibeli oleh pengguna terbabit ialah bukannya dalam bentuk material, sebagai contoh, cd-rom/cakera liut, buku panduan, dan lain-lain, tetapi dalam bentuk lesen penggunaan. Ini bermakna, hanya seorang pengguna dibenarkan menggunakan perisian itu pada satu masa. Cuba kita anggap perlesenan perisian ini sebagai buku. Jika Pengguna A membeli sebuah buku novel, pada satu masa cuma seorang pembaca sahaja boleh membaca buku itu. Tidak ada cara bagi orang lain di tempat yang lain membaca buku yang sama. Sama seperti perisian komputer, Jika pengguna itu mahu menggunakan perisian itu di komputer yang lain untuk tempoh yang tetap, dia terpaksa memadamkan perisian tersebut pada komputer yang asal dan membuat instalasi perisian pada komputer baru yang mahu digunakan olehnya.

Jika pengguna itu mempunyai salinan perisian di pejabat dan dia mahu menggunakan perisian itu di rumah, ketika dia tidak berada di pejabat, maka dia boleh meletakkan perisian tersebut pada komputernya di rumah dengan syarat pengguna itu seorang sahaja yang menggunakan salinannya di rumah atau di pejabat.
Antara contoh-contoh penyalinan haram yang biasa dilakukan oleh pengguna ialah :

Contoh 1 
Pengguna A membeli perisian tersebut di kedai, dan dia memberitahu tentang perisian tersebut kepada Pengguna B. Pengguna B berminat untuk menggunakan perisian tersebut di komputernya dan meminta supaya Pengguna A membuatkannya satu salinan perisian tersebut untuk pengguna B gunakan. Ini adalah cetak rompak perisian yang selalu berlaku di Malaysia.

Contoh 2 
Kolej A baru membeli 50 buah komputer baru. Penjaga makmal komputer itu telah membeli 1 salinan perisian yang hendak digunakan oleh pelajar-pelajar kolej tersebut di kedai berhampiran. Untuk menjimatkan kos, penjaga makmal komputer tersebut telah meletakkan perisian tersebut pada cakera keras di 50 buah komputer makmal itu dengan hanya menggunakan hanya 1 salinan asal. Cetak rompak seperti ini berlaku kebanyakan institusi-institusi pengajian di Malaysia.

Contoh 3 
Pengguna A telah pun memesan sebuah komputer dari sebuah syarikat yang membekalkan komputer. Oleh kerana tuan punya syarikat itu mahu menjalin hubungan baik dengan pelanggannya. Dia telah meletakkan bebagai-bagai perisian kedalam cakera keras komputer tersebut. Ini adalah merangkumi perisian Windows 95, AutoCad, CorelDraw dan bermacam-macam lagi. Tetapi pengguna hanya membayar untuk kos perkakasan dan bukan untuk kos perisian. Tuan punya syarikat komputer itu telah melakukan kesalahan yang besar dengan membuat salinan haram perisian ke cakera keras pengguna. Pengguna juga dianggap bersubahat jika pengguna terus menggunakan perisian-perisian yang telah didapati dalam cakera keras beliau.

Organisasi Makmal




Sunday, 21 October 2012

Selamat Datang Ke Laman Blog Kami....

Blog ini mengenai pengurusan makmal komputer yang dipelajari oleh pelajar literasi komputer.