ETIKA PENGGUNAAN KOMPUTER.....apa agaknya...?
Etika berasal daripada perkataan Greek "ethos" yang bermaksud perwatakan peribadi. Etika ialah tingkahlaku dan kelakuan moral yang dilakukan oleh manusia. Etika merujuk kepada prinsip-prinsip benar atau salah yang boleh yang boleh digunakan oleh individu dalam membuat pilihan. Apabila berhadapan dengan pilihan, individu perlu memikirkan tindakan-tindakan yang boleh diambil dan membuat pilihan tindakan moral yang betul.
JADI.....
ETIKA PENGGUNAAN KOMPUTER ialah cara kita menggunakan kemudahan teknologi komputer dan medium yang sedia ada dengan cara yang betul untuk mengelakkan wujudnya JENAYAH SIBER....
JADI.....
ETIKA PENGGUNAAN KOMPUTER ialah cara kita menggunakan kemudahan teknologi komputer dan medium yang sedia ada dengan cara yang betul untuk mengelakkan wujudnya JENAYAH SIBER....
Tindakan
tidak beretika dalam dunia teknologi maklumat melibatkan hak cipta, harta
intelek dan fenomena cetak rompak perisian komputer yang berleluasa.
Matlamatnya adalah penjual mengharapkan keuntungan lumayan tanpa kos pelaburan
besar manakala pengguna hanya mahu mendapatkan produk yang murah tanpa
mempertimbangkan aspek kualiti dan kesan negatif dalam jangka panjang. Masalah ini menjadi semakin serius dengan adanya kemudahan internet yang memberi laluan kepada perdagangan elektronik (e-dagang). Perkembangan ini secara tidak langsung menghadkan pertumbuhan pembangunan perisian dan harta intelek.
CETAK ROMPAK PERISIAN KOMPUTER
Cetak
rompak perisian komputer bermaksud penyalinan secara haram perisian tersebut
dengan menggunakan apa-apa cara. Apabila perisian itu dibeli oleh pengguna,
hanya satu salinan perisian itu boleh disimpan di dalam cakera keras atau
cakera liut pengguna. Pengguna tidak dibenarkan menyalin salinan asal ke dalam
cakera keras komputer lain tanpa kebenaran
pengaturcara perisian tersebut.
pengaturcara perisian tersebut.
Jika
pengguna membeli satu perisian dari kedai. Apa yang dibeli oleh pengguna
terbabit ialah bukannya dalam bentuk material, sebagai contoh, cd-rom/cakera
liut, buku panduan, dan lain-lain, tetapi dalam bentuk lesen penggunaan. Ini
bermakna, hanya seorang pengguna dibenarkan menggunakan perisian itu pada satu
masa. Cuba kita anggap perlesenan perisian ini sebagai buku. Jika Pengguna A
membeli sebuah buku novel, pada satu masa cuma seorang pembaca sahaja boleh
membaca buku itu. Tidak ada cara bagi orang lain di tempat yang lain membaca
buku yang sama. Sama seperti perisian komputer, Jika pengguna itu mahu
menggunakan perisian itu di komputer yang lain untuk tempoh yang tetap, dia
terpaksa memadamkan perisian tersebut pada komputer yang asal dan membuat
instalasi perisian pada komputer baru yang mahu digunakan olehnya.
Jika
pengguna itu mempunyai salinan perisian di pejabat dan dia mahu menggunakan
perisian itu di rumah, ketika dia tidak berada di pejabat, maka dia boleh
meletakkan perisian tersebut pada komputernya di rumah dengan syarat pengguna
itu seorang sahaja yang menggunakan salinannya di rumah atau di pejabat.
Antara contoh-contoh
penyalinan haram yang biasa dilakukan oleh pengguna ialah :
Contoh 1
Pengguna A membeli perisian tersebut di kedai, dan dia memberitahu
tentang perisian tersebut kepada Pengguna B. Pengguna B berminat untuk
menggunakan perisian tersebut di komputernya dan meminta supaya Pengguna A
membuatkannya satu salinan perisian tersebut untuk pengguna B gunakan. Ini
adalah cetak rompak perisian yang selalu berlaku di Malaysia.
Kolej A baru membeli 50 buah komputer baru. Penjaga makmal komputer
itu telah membeli 1 salinan perisian yang hendak digunakan oleh pelajar-pelajar
kolej tersebut di kedai berhampiran. Untuk menjimatkan kos, penjaga makmal
komputer tersebut telah meletakkan perisian tersebut pada cakera keras di 50
buah komputer makmal itu dengan hanya menggunakan hanya 1 salinan asal. Cetak
rompak seperti ini berlaku kebanyakan institusi-institusi pengajian di
Malaysia.
Contoh 3
Pengguna A telah pun memesan sebuah komputer dari sebuah syarikat yang
membekalkan komputer. Oleh kerana tuan punya syarikat itu mahu menjalin
hubungan baik dengan pelanggannya. Dia telah meletakkan bebagai-bagai perisian
kedalam cakera keras komputer tersebut. Ini adalah merangkumi perisian Windows
95, AutoCad, CorelDraw dan bermacam-macam lagi. Tetapi pengguna hanya membayar
untuk kos perkakasan dan bukan untuk kos perisian. Tuan punya syarikat komputer
itu telah melakukan kesalahan yang besar dengan membuat salinan haram perisian
ke cakera keras pengguna. Pengguna juga dianggap bersubahat jika pengguna terus
menggunakan perisian-perisian yang telah didapati dalam cakera keras beliau.
0 comments:
Post a Comment