Pages

Sunday, 18 November 2012

Peraturan Dan Keselamatan Makmal Komputer



Peraturan Dan Keselamatan:

Makmal komputer
PANDUAN PENGGUNAAN KOMPUTER MIKRO
B.1
Am
a)Pengguna komputer mikro adalah bertanggungjawab terhadap penjagaan dan keselamatan peralatan yang disediakan;
b)Peralatan yang dipasang tidak boleh diubahalih daripada tempat asal tanpa kebenaran;
c)Pastikan suis punca elektrik dihidupkan terlebih dahulu sebelum menggunakan komputer mikro dan pencetak;
d)Suis komputer mikro dan punca elektrik hendaklah ditutup sekiranya tidak digunakan;
e)Kawasan persekitaran yang menempatkan peralatan hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih;
f)Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke bilik berkenaan;
g) Pengguna adalah dilarang merokok semasa menggunakan peralatan;
h) Pengguna hendaklah menggunakan peralatan untuk tujuan rasmi sahaja; dan
i) Sebarang kerosakan peralatan dan masalah perisian hendaklah
dilaporkan kepada BTM.
B.2
PENGGUNAAN
a) Pengguna hendaklah menggunakan komputer mikro dengan cara yang betul;
b) Pengguna dinasihatkan supaya sentiasa "scan" disket yang digunakan;
c) Pengguna tidak dibenarkan memformat cakera padat;
d) Pengguna tidak boleh memasukkan sebarang perisian ke dalam
cakera padat;
e) Pengguna tidak dibenarkan menyimpan fail/data ke dalam cakera padat melainkan dengan kebenaran;
f) Pengguna dikehendaki menggunakan disket untuk menyimpan fail masing-masing;
g) Disket-disket yang digunakan hendaklah dilabelkan mengikut peringkat keselamatan dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaganya;
h) Disket-disket yang mengandungi maklumat/data penting hendaklah dibuat salinan dan disimpan di tempat berasingan;
i) Pengguna boleh membuat rujukan mengenai perisian/peralatan melalui manual-manual yang disediakan;
dan
j) Apabila mencetak, gunakan kertas pencetak tanpa pembaziran.

0 comments:

Post a Comment